![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR7rqmxSw-Fq9-SKeOGhWH6bceSMkgM0GepAH6xOaqjORmTEh2_PzKXAy2mzL5nNtdJ2J3jyv_BssdvmKrebqc3YAfL0Yn01qYWqRE_3wHoLUgWkoN5Qm1LakwllFvLTUkZx5NPzzdgHGe/s320/rachel+corrie+ship.jpeg)
Nama Rachel Corrie telah melonjak sejak bantuan kepada Palestin dihulurkan oleh masyarakat dunia baru-baru ini. Sebut sahaja Rachel Corrie, pasti ada di antara kita yang teringat akan Palestin.
Namun, siapakah Rachel Corrie? Adakah beliau adalah sebuah kapal? Adakah dia seorang superwoman? Mengapa nama beliau begitu melonjak?
Beliau bukan sahaja begitu prihatin terhadap masalah Palestin. Beliau juga prihatin terhadap masalah manusia sejagat sejak beliau masih kecil lagi. Maka, tidak hairanlah beliau sanggup terbang dari Amerika ke Palestin atas dasar kesedarannya.
Suatu tragedi telah menimpa beliau sewaktu beliau menjalankan aktiviti kemanusiaan di Rafah. Pada ketika itu, usia gadis berjiwa kental ini baru menjengah 23 tahun. Tragedi ini berlaku pada siang hari sewaktu puak pengganas Zionis sedang rakus memusnahkan rumah penduduk Palestin.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAXEL44RK6z7oVvlvZp94xVMDfu2vuuvgoyPSOcj4AUTj_YNrteh5e3epk97LqpyoggLsgtNH2zrIMgaS5empAYS6qV2zKSuhXikGB2Ifqypv9v_JwDw-C-5OnFyV_bSPnVdzLLkL5w5Bq/s320/corbefor.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0mACrp8Yz0Wt4IiqQccFqCvNV8iRr2pC7H7smMoMfvhLE_jyTebhQ_twMtroY8ENXSZyGGVIATVpphreA_GGvirJbJ7Bepc4-3zLmkaOSu4NRw9fz1faNuaIhZn5RYnn6LUOnD7LNGuM0/s320/Rachel-Corrie-3.jpg)
Adalah suatu perkara yang mustahil sekiranya pemandu jengkaut itu tidak nampak akan kehadiran Rachel. Beliau telah merayu dan beliau juga memakai jaket yang berwarna oren terang. Jelas di sini bagi mereka, membunuh bukanlah satu masalah, asalkan tugasnya untuk merampas tanah Palestin dapat diselesaikan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitQl3d3mbsW28qBrmhFuPZeQj4GV_KVq1AgdajIb6aysS4ArpvzjCsuxER3ZuOZUeuh19ub2hUmvRU0zW7idDD8BmH5moN2GU0IamOSjR7nYTZ6WQU_4721H-ByqTy_8tsoBEYFgInTai7/s320/israel+terrorist+d9.jpg)
Inilah seputar tragedi kejam yang menimpa seorang aktivis pada 16 Mac 2003. Tragedi ini seharusnya membuka mata masyarakat dunia tentang kekejaman dan kerakusan puak Zionis. Mereka bukan sahaja suka membunuh umat Islam, mereka juga akan membunuh sesiapa sahaja yang menjadi batu penghalang kemaraan mereka untuk menguasai dunia.
Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Gadis Amerika berjuang untuk Palestin. Adakah kita sebagai umat Islam tidak berasa malu apabila kita tidak mengeluarkan sedikit usaha untuk membebaskan Palestin? Dan adakah pemimpin-pemimpin umat Islam tidak berasa malu apabila mereka berjabat tangan dan berunding dengan pembunuh dan pengganas dunia ini?
0 comments:
Post a Comment