Friday, March 29, 2013

Rachel Chorrie



Nama Rachel Corrie telah melonjak sejak bantuan kepada Palestin dihulurkan oleh masyarakat dunia baru-baru ini. Sebut sahaja Rachel Corrie, pasti ada di antara kita yang teringat akan Palestin.

Namun, siapakah Rachel Corrie? Adakah beliau adalah sebuah kapal? Adakah dia seorang superwoman? Mengapa nama beliau begitu melonjak?


Rachel Corrie, nama yang tidak asing bagi penduduk Palestin akhir-akhir ini. Beliau merupakan seorang aktivis warga Amerika Syarikat yang berjuang untuk pembebasan Palestin daripada cengkaman Zionis laknatullah. Beliau menyertai Pergerakan Solidariti Antarabangsa/International Solidarity Movement (ISM) dan mengambil keputusan drastik daripada pembelajarannya di Kolej Evergreen untuk menyertai bantahan kemanusiaan di Rafah, Palestin.

Beliau bukan sahaja begitu prihatin terhadap masalah Palestin. Beliau juga prihatin terhadap masalah manusia sejagat sejak beliau masih kecil lagi. Maka, tidak hairanlah beliau sanggup terbang dari Amerika ke Palestin atas dasar kesedarannya.

Suatu tragedi telah menimpa beliau sewaktu beliau menjalankan aktiviti kemanusiaan di Rafah. Pada ketika itu, usia gadis berjiwa kental ini baru menjengah 23 tahun. Tragedi ini berlaku pada siang hari sewaktu puak pengganas Zionis sedang rakus memusnahkan rumah penduduk Palestin.

Melihat jengkaut Israel Defence Forces (IDF) ingin memusnahkan rumah orang awam, wanita Amerika ini merayu kepada pemandu jengkaut itu dengan memanjat jengkaut itu supaya berundur daripada memusnahkan orang awam. Kemudian, beliau turun dari jengkaut itu lalu melutut supaya pemandu itu membantutkan niatnya. Pemandu jengkaut itu tidak menghiraukan rayuan Rachel, lalu pemandu itu terus memandu ke hadapan lalu mengorek tanah berhampiran Rachel.

Kejadian ini menyebabkan Rachel terjatuh. Rachel cuba untuk menyelamatkan dirinya tetapi jengkaut itu terus berundur dan bergerak lagi ke hadapan. Tindakan pemandu jengkaut ini menyebabkan Rachel berada di bawah runtuhan. Keadaannya sangat parah dan darah tidak berhenti-henti mengalir dari hidungnya. Kekejaman ini juga menyebabkan tulang belakangnya patah.

Adalah suatu perkara yang mustahil sekiranya pemandu jengkaut itu tidak nampak akan kehadiran Rachel. Beliau telah merayu dan beliau juga memakai jaket yang berwarna oren terang. Jelas di sini bagi mereka, membunuh bukanlah satu masalah, asalkan tugasnya untuk merampas tanah Palestin dapat diselesaikan.

Pembunuhan seorang aktivis wanita ini sememangnya tidak dapat dimaafkan dan dilupakan. Nafsu puak pengganas Zionis ini jelas kelihatan apabila pemandu tersebut membunuh Rachel bukan dengan menggunakan jengkaut biasa. Sebaliknya, jengkaut yang digunakan adalah jengkaut berteknologi tinggi yang dilengkapi dengan senjata api dan cermin kalis peluru, iaitu jengkaut Catterpillar D9 yang telah diubahsuai oleh IDF.

Inilah seputar tragedi kejam yang menimpa seorang aktivis pada 16 Mac 2003. Tragedi ini seharusnya membuka mata masyarakat dunia tentang kekejaman dan kerakusan puak Zionis. Mereka bukan sahaja suka membunuh umat Islam, mereka juga akan membunuh sesiapa sahaja yang menjadi batu penghalang kemaraan mereka untuk menguasai dunia.

Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Gadis Amerika berjuang untuk Palestin. Adakah kita sebagai umat Islam tidak berasa malu apabila kita tidak mengeluarkan sedikit usaha untuk membebaskan Palestin? Dan adakah pemimpin-pemimpin umat Islam tidak berasa malu apabila mereka berjabat tangan dan berunding dengan pembunuh dan pengganas dunia ini?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Contengan,Coretan,Nukilan, K.I.T.A Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template