Friday, July 29, 2011

Ramadhan.. :D

0 comments

Ramadhan bukan sekadar menghidupkan malam, siang berlapar-laparan dan berletih-letihan. Ramadhan adalah untuk menghidupkan fikiran, hati dan jiwa dengan rasa bertuhan.
Ramadhan hendak memeriahkan jiwa dengan rasa kehambaan, rasa hina, rasa lemah dan rasa kerdil di hadapan Tuhan yang Maha Kuasa.Ramadhan hendak mengimarahkan jiwa dengan rasa rendah diri, takutkan Tuhan, cintakan-Nya, rasa bertuhan sentiasa. Ramadhan hendak menghidupkan jiwa timbang rasa sesama manusia, rasa kasih sayang, simpati sesama manusia yang derita, yang tidak punya apa-apa.Ramadhan hendak menebalkan rasa berdosa, takut kalau terlibat lagi dengan dosa.

Dalam bulan Ramadhan hendakla rasa agung-Nya Tuhan, hebat dan kuasa-Nya Tuhan.Ramadhan bukan sekadar ibadah luaran-luaran yang meriah dan ceria yang dalam gelap-gelita.

Janganlah Ramadhan dijadikan pesta makan minum, janganlah jadikan Ramadhan banyak tidur-tidur sahaja di siangnya dan janganlah jadikan Ramadhan selepas sedikit ibadah sembahyang kemudian berbual dan borak-borak yang banyak.Selepas berbual-bual banyak pulang ke rumah kemudian tidur, malam tidak bangun pula menghidupkan malam bersama Tuhan.
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
[Surah al-Baqarah 2: Ayat 185] 

Apa Khabar :)

0 comments

Dengan namaNYA yang Maha Sempurna.


Pernah orang bertanya khabar pada anda?
anda jawab bagaimana?

kita lihat muslimah ini:
Ada orang yg bertanyakan khabar pada Humairah,
lalu Humairah jawab,
Alhamdulillah, masih bernafas.
balasnya, eh? kenapa jawab begitu?
balas Humairah, eh? kenapa?
macam ada masalah, balasnya prihatin.
Humairah pelik. eh? tidaklah. sekadar zahirkan kesyukuran kerana masih bernafas. mati itu, kan pasti. Cuma tak tahu bila. Mungkin sekarang, mungkin nanti. bila-bila pun boleh.
syukurlah, ketika di tanyakan khabar, saya masih bernafas untuk menjawabnya.
Syukurlah, sehingga saat ini, saya masih diberi subsidi nyawa untuk bernafas.

Siapa Humairah usah ditanya, sekadar watak yang dijelmakan di minda.
tapi tanyalah,saya bagaimana?
Adakah semasa ditanyakan khabar, sekadar menjawab, "oh, saya sihat."

Tak rasa ingin bersyukur kerana masih bernafas?


Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).  
(Al-Baqarah:28)

MATI itu PASTI.
bukanlah mengajak untuk takut pada mati, tapi mengajak untuk takut bagaimana kita mati.
Adakah dalam keadaan bersyukur atau sebaliknya.

lihat ayat ini,
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.  
(Al-Baqarah:132)

dan ini

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.  
(  سورة آل عمران  , Ali Imran: 102)

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.  
(Ali Imran: 185)

ini lagi

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).  
(Al-Ankabut:57)

dan ini

 Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Dia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya) dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah dia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.  
( An-Nahl,:70)

Mati itu PASTI. 
kita tahu itu.
Jika saja kita sedar hakikat ini,
setiap saat kita tidak akan lupa untuk bersyukur masih diberi subsidi nyawa.

maka ucaplah, ALHAMDULILLAH.
bila ditanyakan khabar, bersyukurlah kita masih bernafas.
bila makan, bersukurlah kita masih bernafas.
bila sakit, bersyukurlah kita masih bernafas.
bila ketawa, bersyukurlah kita masih bernafas.
bersyukurlah, kita masih bernafas, dalam IMAN dan ISLAM.

dalam apa keadaan sekalipun, bersyukurlah, kita merasai nikmat HIDUP.



Semoga kita menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur.
Semoga kita mendapat nusrahNYA untuk menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.
semoga
koma,
INSYAALLAH
noktah

Monday, July 25, 2011

Ramadhan Akan Tiba , Bagaimana Kita Menyambutnya ?? :)

0 comments
Cara Menyambut Bulan Ramadhan 


Segala pujian kepada Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, salawat dan salam buat Junjungan mulia Sayidina Muhammad dan kepada keluarganya. 
Saudara-saudari seislam yang dimuliakan, 
Andainya seorang teman yang anda kasihi dan segani, menghubungi anda dan menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda? 

Tentunya anda bergembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah anda dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut. Bukankah begitu yang selayaknya anda dan teman-teman anda akan lakukan ?

Jika demikian…wahai saudara-saudari yang dikasihi Allah… bagaimana pula yang akan datang menjengok anda bukan sahaja dikasihi oleh diri akan sendiri bahkan ianya dikasihi oleh Pencipta anda Allah swt, RasulNya Muhammad saw dan sekelian orang-orang yang beriman ! 

Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan dari Allah swt ! Ia adalah bulan Ramadhan yang mulia, bulan berpuasa dan bertilawah al-Quran, bulan tahajjud dan qiyamullail, bulan kesabaran dan ketaqwaan, bulan kerahmatan, keampunan dan kebebasan dari api neraka. 

Terdapat padanya suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Kita memohon limpahan kurniaanNya.

Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan. 

Oleh kerana itulah sifatnya tetamu mulia ini, amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya – menyambutnya dengan cara yang terbaik, bersedia untuknya dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah dari kunjungannya dan apabila ianya pulang jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah. { Sesungguhnya telah berjayalah orang yang menyucikan dirinya (surah as-Syams 9)].

Dek kerana itulah ulama terdahulu menghargai tetamu ini… kerana itu diceritakan bahawa : { “Mereka memohon Allah lanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadhan sepanjang enam bulan sebelumnya… apabila ianya berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdo’a agar Allah menerima amalan mereka bagi bulan Ramadhan sepanjang berapa bulan selepas itu..} sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Rajab rahimahullah. 


Cara Sambutan Ramadhan di pelbagai tempat 

Firman Allah swt yang bermaksud : { Jika kamu ikuti (patuh) kepada kebanyakan manusia di muka bumi ini mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah (surah al-An’am 116) }.

FirmanNya yang bermaksud : { Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman walaupun kamu sangat menginginkannya (surah Yusuf 103) }

Saudara-saudari yang dikasihi ;

Sekiranya anda memerhatikan keadaan dunia Islam anda akan merasa kehairanan dan ta’jub dengan keadaan mereka di dalam menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.

· Sebahagiannya menyambutnya dengan pelbagai kegiatan yang menyalahi hukum Allah swt… 

· Sebahagiannya menyambutnya dengan berpesta, perhimpunan umum, nyanyian, tarian dan muzik… 

· Sebahagiannya menyediakan filem-filem yang menyeronokkan sepanjang malam di bulan Ramadhan… yang dipenuhi dengan adengan yang memenuhi tuntutan nafsu berahi…

· Sebahagiannya menyambutnya dengan menjemput dan mengadakan pertemuan dengan penyanyi-penyanyi dan pelakon-pelakon filem seraya bertanya : “Apakah nyayian dan adengan lakonan yang bakal dipersembahkan ?”… 

· Sebahagiannya menyiapkan agenda-agenda peraduan, pertandingan, uji bakat bulan Ramadhan yang menjauhkan diri dari ketaatan kepada Allah…dan lain-lain lagi. 

Bukanlah begitu sepatutnya diraikan bulan Ramadhan yang berkat…dengan maksiat, kerja-kerja haram, memerangi kehormatan bulan mulia dan permusuhan dengan Allah yang maha kuasa. 

Benarlah sabda Baginda saw yang bermaksud : “Ramai yang berpuasa habuannya hanyalah lapar dan dahaga” (riwayat Ahmad)

· Sebahagiannya menyambutnya dengan mengunjungi pasar-pasar, berasak-asak dengan orangramai bagi membeli pelbagai jenis makanan dan minuman ; seolah-olah bulan tersebut adalah bulan makan-minum, tidur di waktu siang, berjaga di malamnya dengan aneka hiburan dan pelakuan haram sambil mengucapkan kata-kata : “Selamat datang wahai Ramadhan…bulan keberkatan dan pahala..” menggantikan taubat, beramal soleh dan bersyukur kepada Allah dengan hati, lidah dan anggota.

Kepada mereka kita bacakan ungkapan penyair ;

“Wahai orang yang berkhidmat kepada dirinya alangkah deritanya dirimu, 
Apakah kamu menuntut keuntungan pada pekerjaan yang merugikan, 
Siapkanlah dirimu sempurnakanlah kelebihannya, 
Kamu adalah insane kerana jiwa bukan kerana tubuh semata-mata.” 


Pedoman Menyambut Ramdhan yang Dianjurkan 

Cara yang dianjurkan oleh Islam adalah sebagaimana berikut ; secara ringkasnya : 

i- Berdoa’ … semoga Allah melanjutkan usia anda dapat menyambut bulan Ramadhan… sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam, di samping memohon pertolonganNya dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya, 

ii- Membersih diri dan bersuci… iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat nasuha dari segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu. 

Bagi mereka yang masih melakukan dosa kita tanyakan :

- “Jika anda masih dalam kekotoran maksiat, patutkah anda menerima hadiah pemberian Allah ini?”, 

- “Bagaimana anda berpuasa lantas berbuka dengan perkara yang diharamkan?”,

- “Wahai mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja ! Bagaimanakah puasamu akan diterima Allah sedangkan anda masih lagi meninggalkan rukun Islam kedua yang denganya anda terkeluar dari agama Allah?”,

- “Wahai mereka yang masih memakan hasil riba, rasuah dan haram ! Bagaimanakah kamu sanggup berpuasa, tidak makan yang diharuskan oleh Syara’ tetapi kamu berbuka dengan rezeki yang haram?”,

- “Wahai anak-anak yang menderhakai ibu-bapanya ! Bagaimanakah kamu rasa tenang untuk berpuasa sedangkan Jibri mendo’akan kemusnahanmu lantaran kederhakaanmu itu dan diaminkan oleh Junjungan saw?”,

- “Wahai saudaraku yang dikasihi! Bagaimana kamu harapkan puasamu dimakbulkan sedangkan kamu masih berada di landasan yang tidak diredhaiNya?”. 

- “Tidakkah pernah dinyatakan kepadamu sabda Baginda saw : “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan terus mengerjakannya, Allah tidak akan menghiraukannya - tidak memberikan pahala kepadanya - (walaupun) dia tidak makan dan minum (berpuasa)” (riwayat al-Bukhariy).

Oleh kerana itu bertaubatlah kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh, pintu taubat sentiasa terbuka, taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa.. bahkan ianya memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah swt. 

iii- Penyediaan diri bagi menyambut kedatangan Ramadhan… dengan menunaikan ‘ibadat puasa sunat pada bulan Sya’aban serta amalan kebaikan lain… ianya bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada Allah swt … sebagaimana yang diriwayakan oleh Usamah bin Zaid : “Nabi saw berpuasa penuh pada bulan Sya’aban… atau berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut…”, 


iv- Antara perkara terpenting ; mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunnah Nabi saw serta aturcara pusanya sebelum menghampiri bulan tersebut, mempelajari syarat-syarat puasa, sah batalnya , hukum berpuasa pada hari terakhir bulan Sya’aban (hari syak), perkara yang harus, wajib atau haram bagi seseorang yang berpuasa, apakah adab-adab dan sunat-sunat berpuasa, bagaimana ingin menunaikan I’badah qiyam (solat tarawih dan seumpamanya), hukum-hakam bagi orang uzur, sakit, musafir dan sebagainya pada bulan puasa, berkenaan bayaran zakat fitrah… dan seumpamanya. Begitu juga memahami cara ‘ibadah Nabi saw di bulan yang mulia ini terhadap dirinya, keluarga dan umatnya… puasanya… qiyamnya… kemurahannya…penjagaan pancainderanya… tadarus al-Quran… dan seterusnya.

v- Antara agenda seterusnya menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan mengadakan program-program yang memenuhi waktu anda yang amat berharga itu bagi diri anda, keluarga, rakan-rakan … dengan membaca al-Quran, tadarus, hafazan… qiyamullail, menyediakan hidangan berbuka puasa untuk mereka, umrah, I’tikaf, bersedaqah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, ketaatan kepada Allah… dan seterusnya. 

Saudara-saudariku yang dihormati : 

Inilah secebis coretan antara perkara yang amat perlu diamalkan sempena kedatangan bulan Ramadhan yang dipenuhi dengan keberkatan ini… semoga Allah menyelamatkan kita dengan dijuruskan diri-diri kita kepada petunjuk yang benar dan jalan yang diredhaiNya, serta dijauhkan kita dari kesalahan yang menjurus kepada kebinasaan dan kesesatan.

Sebagai penutup bicara marilah sama-sama kita menyelami kata-kata ini :

Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa di bulan Rajab, 
Sehingga menderhakai Tuhannya di bulan Sya’aban, 
Telah datang kepadamu bulan puasa selepas keduanya, 
Janganlah jadinya juga bulan kederhakaan, 
Bacalah al-Quran dan bertasbihlah padanya, dengan sunguh, 
Kerana ia bulan tasbih dan bulan Quran, 
Ramai mana yang kamu kenal orang terdahulu yang telah berpuasa, 
Antara keluargamu, jiran tetangga dan sahabat handai, 
Mereka telah meninggal dunia sedangkan kamu masih hidup, 
Alangkah hampirnya masa mereka yang telah pergi dengan yang masih tinggal. 


Ya Allah, sampaikan kami ke bulan Ramdhan… bantulah kami di dalam mengerjakan puasa, qiyam dan amalan soleh padanya dan di bulan-bulan yang lain, teguhkanlah pendirian kami di dalam ketaatan kepadaMu sehingga kami menemuiMu. Engkalah yang maha mendengar alagi maha menyahut do’a-do’a kami. 

Friday, July 22, 2011

Perisai Mukmin,DOA.

0 comments
Assalamualaikum readers,
hari ni ain nk kongsi 1 info mnarik yg agak simple tp amat bermanfaat untuk kita semua.

WAKTU YG BAIK UNTUK BERDOA.
1.Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dlm bulan Ramadhan).

2.Pada hari Arafah (9 Zulhijjah ketika jemaah haji wuquf di Arafah).

3.Pada bulan Ramadhan.

4.Pada malam Jumaat.

5.Pada hari Jumaat.

6.Waktu berjumaat, lebih2 lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam.

7.Pada tengah malam.

8.Seperdua malam yg kedua (selepas jam 12 mlm).

9.Sepertiga malam yg pertama (jam 6 hingga jam 10 mlm).

10.Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi).

11.Pada waktu sahur (sebelum fajar).

12.Sesudah berwudhuk.

13.Ketika orang azan untuk solat.

14.Antara azan dan iqamat.

15.Ketika orang mengucapkan iqamat.

16.Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil.

17.Dalam pertempuran di medan perang.

18.Pada akhir tiap2 solat fardhu.

19.Pada waktu sedang sujud (dlm solat atau di luar solat).

20.Ketika sedang membaca al-Quran.

21.Setelah tamat membaca al-Quran.

22.Ketika minum air zamzam.

23.Pada waktu ayam jantan berkokok (pd waktu pagi).

24.Pada saat berkumpulnya Muslimin kerana agama.

25.Pada waktu berkumpul utk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam).

26.Ketika menutupkan mata orang yg telah mati.

27.Pada waktu turun hujan.

moga2 entry ni dpt sdikit sbnyk mbntu kita dlm mneruskn pjuangan hidup sbgi Muslim yg sejati.
InsyaAllah, mgu dpn klu ada ksmptn, ain or geng K.I.T.A lain akan wat entry psl Bulan Ramadhan pula, bulan yg dok tinggal mhitung hari lg nk mnemani kita^^..InsyaAllah.

apa yg baik, semuanya dtg dr Allah, apa yg buruk, semuany dtg dr kekhilafan dri ini.
semoga berjumpa lg d entry lain.

Sunday, July 17, 2011

Perang Teddy Bear!

0 comments
Assalamualaikum!
Entry Kali ini berkaitan ttg
PERANG TEDDY BEAR
ANTARA K.I.T.A
di FACEBOOK
(kecuali AIn..)

Calon2 nya

1

Teddy dila



2


Teddy Ana

Ana Hasanah


3


Teddy Wani

Wani Sweetnessmilkytea


4


Teddy Kakak Iqin






5




Teddy BB






Haha..sepa  yang akan menang?
Wait n See jak..
Veto!(Ain)
tggl teddy mu jak lg
:)

Sunday, July 10, 2011

Taubat Raih Kemenangan

0 comments
alt

Manusia mudah lalai dan lupa. Itu fitrah manusia. Sebab itulah ada kalanya kita senang tergelincir sekali gus terperangkap dengan bisikan syaitan. Akibatnya kita terjerumus di lembah dosa seperti zina.
Namun, apabila tersedar diri telah tersalah langkah, apa salahnya kita cepat-cepat berpatah balik. Sama seperti kita memandu kenderaan di jalan raya. Jikalau enggan membuat'u-turn' selepas tersedar sudah tersalah jalan, tentu semakin jauh kita tersasar dan bertambah banyak pula yang kita bakal rugikan.

Bagaimanapun, berpatah balik sahaja tidak cukup. Sebaliknya kita perlu bertaubat dan'menyuci' diri. Menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Nadzirah Mohd, hidayah datang dari Allah. Justeru, jikalau tiba-tiba rasa tersedar dan terdetik untuk berubah, maka bertaubatlah kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Dalam surah An-Nur ayat 31 Allah ada berfirman: "Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan." Jelas Dr Nadzirah ayat tersebut cukup istimewa. Ini kerana selain Dia menyeru hamba-Nya supaya bertaubat, Allah turut meletakkan harapan di situ.
"Pada penghujung ayat itu ada diselitkan pengharapan – dengan harapan orang yang bertaubat itu akan beruntung dan berjaya iaitu berjaya melawan hawa nafsu dan mengatasi segala masalah. Tambah beruntung kalau taubat itu berpanjangan hingga ke akhirat. Dalam ayat tersebut, Allah bukan sahaja menyuarakan perintah-Nya supaya bertaubat, tetapi juga ada motivasi ke arah melakukan taubat," terang beliau.
Mengulas lanjut perihal taubat, Dr Nadzirah menjelaskan sifat taubat ada dinyatakan oleh Allah dalam kitab-Nya. Firman-Nya:
"Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha." (At-Tahrim : 8).

Asalkan Engkau Terus Melangkah!

0 comments
alt


Sahabatku,Biar ujian seberat gunung,Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,Terperosok,Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,Jangan kau mengalah,
Teruslah melangkah.
Teruskan melangkah,Walaupun ia tidak mudah,Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah,Ku tahu,Pasti ia berat dan payah,Namun itu semua tidak menjadi masalah,Asalkan kau terus melangkah,
Ya, asalkan kau terus melangkah.
Bangkitlah!Angkat wajahmu,Bersihkan kotoran di bajumu,Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu,Keluarlah dikau,
Dan lihatlah sinar mentari itu!
Sahabatku,Teruskan langkahanmu,Lagi, dan lagi,Jangan sesekali kau hentikannya,Ya,Jangan, dan jangan,Kerana aku,Amat-amat kepingin,Agar dikau dapat sama-sama merasai,
Keindahan hari esok itu.
Teruskan langkahanmu, wahai sahabatku..

Allah tidak pernah melupaimu..

0 comments

Assalamualaikum... kepersisian para sahabat dan anak-anak didikku sekelian. Ketahuilah olehmu bahawa Allah Taala tidak pernah melupaimu. Dan ketahuilah olehmu bahawa Allah Taala selalu ingat padamu. Jua Allah Taala terlalu mengasihimu dan terlalu Dia menyayangimu.. Ketahuilah juga olehmu bahawa Allah Taala sekali-kali tidak membiarkan dirimu keseorangan di bumi ujian ini. dan Allah Taala Amat Mengetahui setiap apa dilakukan oleh setiap anggotamu.. Dia amat mengetahui segala yang terzahir juga amat mengetahui apa yang tersembunyi.. tidak ada sesuatu pun terpinggir dari pengetahuanNya, tidak ada sesuau pun yang terlepas dari pengamatanNya.. Duhai Tuhan yang maha Menatap. Duhai Tuhan yang Maha melihat.. ampunkan segala dosa-dosa kami..

dan ada di kalangan insan yang bertanya, jika Tuhan tidak pernah lupa.. jika Tuhan terlalu menyayangi.. berilah kepada ku apa tandanya.. apa buktinya.. sementelah kehidupan ini ramai yang inginkan dalil.. Cuba lihat pasangan bercinta.. si Dara selalu mendambakan bukti.. maka si teruna berkata.. ambillah kapak.. belahlah dada.. cintaku bersemadi nun di hujung jiwa.. begitulah setiap insan, sentiasa memerlukan bukti.. hatta kasih sayang Ilahi yang tidak bertepi pun, mereka tetap mendambakan bukti...

Maka ketahuilah olehmu bahawa kasih Allah itu melata di bumi ini.. kasihNya berada di mana-mana.. di kanan mu.. di kirimu.. di darat.. di laut.. jua di udara.. carilah jika terdapat tempat yang sunyi dari kasih Allah.. nescaya kita tidak akan menemuinya kerana di semua ceruk dan rantau, kasih Allah memenuhinya...

namun, semuanya seakan-akan terhijab.. semuanya seakan-akan sirna.. semuanya bagaikan fatamorgana.. semuanya bagaikan bayang.. kasih Allah yang Maha Besar, tidak ternampak oleh insan yang tenggelam dan buta..

Ketahuilah olehmu Allah sayang pada hambaNya.. Allah tidak membiarkan insan begitu sahaja... Allah Maha Mengetahui hakikat dunia.. begitu juga Allah Maha Mengetahui hakikat insan.. dan Allah Maha Mengetahui hakikat Iblis dan syaitan.. maka, dengan Rahmat Allah, Allah perintahkan kita bersolat.. lima waktu sehari.. itulah kasih sayang Tuhan..

lantas insan durjana terus bertanya.. adakah solat itu kasih sayang? bukankah solat itu meletihkan? bukankah ia gangguan pada kehidupan? elok-elok kita bekerja dengan penuh karisma dan proaktif, tiba-tiba kita terpaksa berhenti untuk solat.. bukankah masa itu emas?

dan jawabku.. ketahuilah olehmu bahawa memang solat itu tanda kasih sayang.. tanda kasih sayang hamba dengan Tuannya.. Ia juga merupakan anugerah istimewa dari Tuan untuk hambaNya.. dan seperti kata orang dilamun cinta.. hanya orang yang berkasih sahaja mengetahui dan merasa..

Allah dengan kasihNya memberi insan lima check point kasih dalam kehidupan sehari.. agar jangan insan terlupa dengan kasihnya.. lazimnya orang bercinta.. sentiasa berhubungan.. sentiasa berkasih sayang.. bukankah jauh menjadikan rindu.. dekat menjadikan sayang?

Apabila terbit fajar, kasih ditautkan.. daku mengingatiMu dangan Cara yang diajarMu.. kemudian insan bergelut dengan kehidupan seharian.. bila tergelincir mentari.. kasih dicheck lagi.. agar tidak tergugat oleh tarikan dunia.. dan kasih diintimkan lagi.. dan apabila bayang matahari mula melebihi insan.. sekali lagi kasih di check.. jangan tergoda dengan dunia.. bila matahari terbenam.. kita kukuhkan kasih lagi denganNya.. dan ketika cahaya merah mentari telah sirna di ufuk barat.. kita padukan janji kasih kita denganNya.. intim bukan hubungan insan soleh dengan TuhanNya?

ketahuilah olehmu.. itulah tanda kasih terulung.. kasih yang tidak mampu terungkai.. kasih sayang yang hanya dimengertikan oleh singkapan tabir hijab yang terangkat nyata..

malang sekali, ada insan yang durjana.. tidak pandai menghargai kasih TuhanNya.. dihadap Tuhan kerana terpaksa.. dia berdiri di mihrab dengan paksa rela..begitulah kisahnya, bila bunga dianugerah kepada kera.. sekali kali bunga tidak dicium dihidu, tapi ia di buang melata..

dan ingatlah... intimkan kembali hubunganmu dengan Tuhanmu.. jangan biarkan ia lesu tidak bermaya..

wassalam...

Saturday, July 9, 2011

Tersenyumlah..

0 comments
SENYUM ITU SUNNAH.


     Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan.
     Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"
     Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
     Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).
     Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.
     Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”

Senyum Lagi
     Ketika menikahkan puteri bongsunya, Sayyidah Fatimah Az Zahrah, dengan sahabat Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhuma, baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lebar. Itu merupakan peristiwa yang penuh kebahagiaan.
     Hal serupa juga diperlihatkan Rasulullah SAW pada peristiwa Fathu Makkah, pembebasan Makkah, kerana hari itu merupakan hari kemenangan besar bagi kaum muslimin. “Hari itu adalah hari yang penuh dengan senyum panjang yang terukir dari bibir Rasulullah SAW serta bibir seluruh kaum Muslimin” tulis Ibnu Hisyam dalam kitab Al Sirah al-Nabawiyyah.
     Satu ungkapan pepatah Cina yang baik untuk kita fikirkan dan renungi: “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”
     Kesimpulannya, jika anda ingin supaya disukai oleh seseorang, maka : “Tersenyumlah!!!”
     Jika kita ingin orang yang jauh dari agama, mula mendekati agama, maka orang yang ber’title’kan agama perlulah membuatkan orang suka kepadanya disebabkan ia sebab dan punca orang mendekati agama. Maka modalnya murah sahaja iaitu : “ Tersenyumlah!!!”
     Jika, kita ingin orang bukan Islam mendekati agama Islam. Maka kita orang agama yang menjadi pengawal pintu bagi orang bukan Islam memasuki pintu Islam perlu mula belajar dengan mudah caranya iaitu : “ Tersenyumlah!!!”
     Bayangkan apabila anak muda datang dengan seluar jeansnya ke masjid, maka ia mula disapa dengan kata manis seorang Imam,
“anak muda yang dihormati, jemputlah masuk masjid …rumah ibadah kita bersama.”

Bukankah itu indah?
Kadangkala kita bersusah payah untuk tersenyum dengan orang yang kita jumpa, tetapi terlupa untuk senyum, tersenyum, memberi senyuman dan bermanis muka dengan orang yang ada bersama kita! 

Nabi Sulaiman tersenyum kepada semut!
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
"Maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: ""Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh" (Surah An-Naml 27: Ayat ke 19)
Sumber : iluvislam.com

Thursday, July 7, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

0 comments
Pada Sabtu lepas ( 2 JULAI ) seluruh sekolah di Malaysia telah menganjurkan larian secara serentak bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan. Kira-kira 3 juta murid menyertai larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang bermula secara serentak pada jam 7.45pagi.
Geng K.I.T.A memang wajib menyertai larian tersebut..! kan? kan? hehe..
Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan peljar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan...lgi pun ble hilangkan STRESS!

Ini gambar K.I.T.A sebelum dan selepas *berlari*..

Iqin, Ana, Wani, BB, Dila, Ain



Ain, Iqin, Ana, BB, Wani


Dila, Adek, Wani


Wani, Iqin


Ain, Ana, BB, Iqin, Dila


Dila, BB, Wani


Ain, BB


Dila, Iqin, Wani, Ana, BB, Ain
K.I.T.A

Kenangan bersama sahabat K.I.T.A
sentiasa dikenang
untuk selamanya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Contengan,Coretan,Nukilan, K.I.T.A Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template