Sunday, July 10, 2011

Allah tidak pernah melupaimu..


Assalamualaikum... kepersisian para sahabat dan anak-anak didikku sekelian. Ketahuilah olehmu bahawa Allah Taala tidak pernah melupaimu. Dan ketahuilah olehmu bahawa Allah Taala selalu ingat padamu. Jua Allah Taala terlalu mengasihimu dan terlalu Dia menyayangimu.. Ketahuilah juga olehmu bahawa Allah Taala sekali-kali tidak membiarkan dirimu keseorangan di bumi ujian ini. dan Allah Taala Amat Mengetahui setiap apa dilakukan oleh setiap anggotamu.. Dia amat mengetahui segala yang terzahir juga amat mengetahui apa yang tersembunyi.. tidak ada sesuatu pun terpinggir dari pengetahuanNya, tidak ada sesuau pun yang terlepas dari pengamatanNya.. Duhai Tuhan yang maha Menatap. Duhai Tuhan yang Maha melihat.. ampunkan segala dosa-dosa kami..

dan ada di kalangan insan yang bertanya, jika Tuhan tidak pernah lupa.. jika Tuhan terlalu menyayangi.. berilah kepada ku apa tandanya.. apa buktinya.. sementelah kehidupan ini ramai yang inginkan dalil.. Cuba lihat pasangan bercinta.. si Dara selalu mendambakan bukti.. maka si teruna berkata.. ambillah kapak.. belahlah dada.. cintaku bersemadi nun di hujung jiwa.. begitulah setiap insan, sentiasa memerlukan bukti.. hatta kasih sayang Ilahi yang tidak bertepi pun, mereka tetap mendambakan bukti...

Maka ketahuilah olehmu bahawa kasih Allah itu melata di bumi ini.. kasihNya berada di mana-mana.. di kanan mu.. di kirimu.. di darat.. di laut.. jua di udara.. carilah jika terdapat tempat yang sunyi dari kasih Allah.. nescaya kita tidak akan menemuinya kerana di semua ceruk dan rantau, kasih Allah memenuhinya...

namun, semuanya seakan-akan terhijab.. semuanya seakan-akan sirna.. semuanya bagaikan fatamorgana.. semuanya bagaikan bayang.. kasih Allah yang Maha Besar, tidak ternampak oleh insan yang tenggelam dan buta..

Ketahuilah olehmu Allah sayang pada hambaNya.. Allah tidak membiarkan insan begitu sahaja... Allah Maha Mengetahui hakikat dunia.. begitu juga Allah Maha Mengetahui hakikat insan.. dan Allah Maha Mengetahui hakikat Iblis dan syaitan.. maka, dengan Rahmat Allah, Allah perintahkan kita bersolat.. lima waktu sehari.. itulah kasih sayang Tuhan..

lantas insan durjana terus bertanya.. adakah solat itu kasih sayang? bukankah solat itu meletihkan? bukankah ia gangguan pada kehidupan? elok-elok kita bekerja dengan penuh karisma dan proaktif, tiba-tiba kita terpaksa berhenti untuk solat.. bukankah masa itu emas?

dan jawabku.. ketahuilah olehmu bahawa memang solat itu tanda kasih sayang.. tanda kasih sayang hamba dengan Tuannya.. Ia juga merupakan anugerah istimewa dari Tuan untuk hambaNya.. dan seperti kata orang dilamun cinta.. hanya orang yang berkasih sahaja mengetahui dan merasa..

Allah dengan kasihNya memberi insan lima check point kasih dalam kehidupan sehari.. agar jangan insan terlupa dengan kasihnya.. lazimnya orang bercinta.. sentiasa berhubungan.. sentiasa berkasih sayang.. bukankah jauh menjadikan rindu.. dekat menjadikan sayang?

Apabila terbit fajar, kasih ditautkan.. daku mengingatiMu dangan Cara yang diajarMu.. kemudian insan bergelut dengan kehidupan seharian.. bila tergelincir mentari.. kasih dicheck lagi.. agar tidak tergugat oleh tarikan dunia.. dan kasih diintimkan lagi.. dan apabila bayang matahari mula melebihi insan.. sekali lagi kasih di check.. jangan tergoda dengan dunia.. bila matahari terbenam.. kita kukuhkan kasih lagi denganNya.. dan ketika cahaya merah mentari telah sirna di ufuk barat.. kita padukan janji kasih kita denganNya.. intim bukan hubungan insan soleh dengan TuhanNya?

ketahuilah olehmu.. itulah tanda kasih terulung.. kasih yang tidak mampu terungkai.. kasih sayang yang hanya dimengertikan oleh singkapan tabir hijab yang terangkat nyata..

malang sekali, ada insan yang durjana.. tidak pandai menghargai kasih TuhanNya.. dihadap Tuhan kerana terpaksa.. dia berdiri di mihrab dengan paksa rela..begitulah kisahnya, bila bunga dianugerah kepada kera.. sekali kali bunga tidak dicium dihidu, tapi ia di buang melata..

dan ingatlah... intimkan kembali hubunganmu dengan Tuhanmu.. jangan biarkan ia lesu tidak bermaya..

wassalam...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Contengan,Coretan,Nukilan, K.I.T.A Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template