Thursday, September 26, 2013

Mencintai Sahabat Kerana Allah

0 comments


“Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?” tanya seorang sahabat kepada saya.
“Mencintaimu kerana Allah,” ringkas jawapan saya.
Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.
“Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya,” luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.
Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.
“Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah ‘dia milik aku’ sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini,” memandang sahabat dengan penuh pengertian.
Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakan innate motive.
Maknanya jangan berkasih sayang lah?
Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu ‘dia milik aku’.
Tidak Cemburu
Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara.” (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.
Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.
Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat
Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.
Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.
Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..
Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..
“Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?” tanya sahabat lagi.
“Wallahua’lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah,” tuntas saya.
Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..
Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah, peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..

Thursday, September 5, 2013

Kemana perginya KITA?

1 comments






.........................



Sendirian,
Sepi di sini,
Jauh dari keluargaku, jauh dari pasangan istimewaku, juga...
Jauh dari KITA..... 

Tanpa ku sedar,
Hatiku sebak,
Mataku berkaca,
Ya, ku sangat merindui KITA..

Gelak tawa..
Semua saat yang kita kongsi..
Cukup indah, Sungguh mahal harganya..
'Aku nak ulang masa tu!'
Boleh ke? Taklah.. tak boleh.. 

Sedih......

Sangat sedih.......

Sangat-sangat sedih...........


Mana KITA? :-(

Sunyi.. sepi..

Sejak semuanya sudah mengambil haluan masing-masing..
Kekangan masa, dan juga jarak.. telah perlahan-lahan mengambil kita jauh dariku..

Benarkah kita sudah tiada?
Dari enam orang, sudah menjadi berDUA.. benarkah?

Sedihnya..

TAPI,
Ya.

Kita masih ada,
cukuplah Allah yang sentiasa menjaga kita berenam..
cukuplah Allah yang sentiasa memelihara ikatan persahabatan kita..
Bersangka baik dengan Allah.. kan?
Ukhuwah Fillah..

Wani, Iqin, Ain, Bibi, Dila, Ana


Friday, March 29, 2013

Rachel Chorrie

0 comments


Nama Rachel Corrie telah melonjak sejak bantuan kepada Palestin dihulurkan oleh masyarakat dunia baru-baru ini. Sebut sahaja Rachel Corrie, pasti ada di antara kita yang teringat akan Palestin.

Namun, siapakah Rachel Corrie? Adakah beliau adalah sebuah kapal? Adakah dia seorang superwoman? Mengapa nama beliau begitu melonjak?


Rachel Corrie, nama yang tidak asing bagi penduduk Palestin akhir-akhir ini. Beliau merupakan seorang aktivis warga Amerika Syarikat yang berjuang untuk pembebasan Palestin daripada cengkaman Zionis laknatullah. Beliau menyertai Pergerakan Solidariti Antarabangsa/International Solidarity Movement (ISM) dan mengambil keputusan drastik daripada pembelajarannya di Kolej Evergreen untuk menyertai bantahan kemanusiaan di Rafah, Palestin.

Beliau bukan sahaja begitu prihatin terhadap masalah Palestin. Beliau juga prihatin terhadap masalah manusia sejagat sejak beliau masih kecil lagi. Maka, tidak hairanlah beliau sanggup terbang dari Amerika ke Palestin atas dasar kesedarannya.

Suatu tragedi telah menimpa beliau sewaktu beliau menjalankan aktiviti kemanusiaan di Rafah. Pada ketika itu, usia gadis berjiwa kental ini baru menjengah 23 tahun. Tragedi ini berlaku pada siang hari sewaktu puak pengganas Zionis sedang rakus memusnahkan rumah penduduk Palestin.

Melihat jengkaut Israel Defence Forces (IDF) ingin memusnahkan rumah orang awam, wanita Amerika ini merayu kepada pemandu jengkaut itu dengan memanjat jengkaut itu supaya berundur daripada memusnahkan orang awam. Kemudian, beliau turun dari jengkaut itu lalu melutut supaya pemandu itu membantutkan niatnya. Pemandu jengkaut itu tidak menghiraukan rayuan Rachel, lalu pemandu itu terus memandu ke hadapan lalu mengorek tanah berhampiran Rachel.

Kejadian ini menyebabkan Rachel terjatuh. Rachel cuba untuk menyelamatkan dirinya tetapi jengkaut itu terus berundur dan bergerak lagi ke hadapan. Tindakan pemandu jengkaut ini menyebabkan Rachel berada di bawah runtuhan. Keadaannya sangat parah dan darah tidak berhenti-henti mengalir dari hidungnya. Kekejaman ini juga menyebabkan tulang belakangnya patah.

Adalah suatu perkara yang mustahil sekiranya pemandu jengkaut itu tidak nampak akan kehadiran Rachel. Beliau telah merayu dan beliau juga memakai jaket yang berwarna oren terang. Jelas di sini bagi mereka, membunuh bukanlah satu masalah, asalkan tugasnya untuk merampas tanah Palestin dapat diselesaikan.

Pembunuhan seorang aktivis wanita ini sememangnya tidak dapat dimaafkan dan dilupakan. Nafsu puak pengganas Zionis ini jelas kelihatan apabila pemandu tersebut membunuh Rachel bukan dengan menggunakan jengkaut biasa. Sebaliknya, jengkaut yang digunakan adalah jengkaut berteknologi tinggi yang dilengkapi dengan senjata api dan cermin kalis peluru, iaitu jengkaut Catterpillar D9 yang telah diubahsuai oleh IDF.

Inilah seputar tragedi kejam yang menimpa seorang aktivis pada 16 Mac 2003. Tragedi ini seharusnya membuka mata masyarakat dunia tentang kekejaman dan kerakusan puak Zionis. Mereka bukan sahaja suka membunuh umat Islam, mereka juga akan membunuh sesiapa sahaja yang menjadi batu penghalang kemaraan mereka untuk menguasai dunia.

Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Gadis Amerika berjuang untuk Palestin. Adakah kita sebagai umat Islam tidak berasa malu apabila kita tidak mengeluarkan sedikit usaha untuk membebaskan Palestin? Dan adakah pemimpin-pemimpin umat Islam tidak berasa malu apabila mereka berjabat tangan dan berunding dengan pembunuh dan pengganas dunia ini?

Monday, January 28, 2013

Happy Birthday Iqin..!!

0 comments

Assalamualaikum wbt,,
Happy Birthday kkk iqin!! 
walaupun hari ni birthday, kerja tetap diutamakan! 
Good luck kkk iqin.. be strong.. always smile! :)
Semoga redha Allah mengiringimu selalu..
wish you get what you dream and enjoy your special day..

Iqin with hadiah KITA
muka matang owh.. haha

28 Januari 2013

Hope your birthday is totally cool, really funtastic, wonderful, exciting, majorly awesome, rocking and HAPPY!
May Allah Bless you..
(^^)

Monday, January 21, 2013

What keeps you so far away

0 comments


What keeps you so far away from Allah? Is it because you feel like you have too many sins and you won’t be able to turn to him anymore? don’t we listen to His mighty word through our Prophet’s tongue: Allah the Almighty has said: “O son of Adam, so long as you call upon Me and ask of Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds of the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I would forgive you. O son of Adam, were you to come to Me with sins nearly as great as the earth and were you then to face Me, ascribing no partner to Me, I would bring you forgiveness nearly as great as its.”Maksudnya: “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan seluas bumi pula.” (Riwayat al-Tirmizi no: 3534 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah). Subhanallah..take a step today, a simple one will do ——> keep saying ASTAGHFIRULLAHALAZIM.T_T 
What keeps you so far away from Allah? Is it because you feel like you have too many sins and you won’t be able to turn to him anymore? don’t we listen to His mighty word through our Prophet’s tongue: 
Allah the Almighty has said: “O son of Adam, so long as you call upon Me and ask of Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds of the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I would forgive you. O son of Adam, were you to come to Me with sins nearly as great as the earth and were you then to face Me, ascribing no partner to Me, I would bring you forgiveness nearly as great as its.”

Maksudnya: “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan seluas bumi pula.” 
(Riwayat al-Tirmizi no: 3534 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah). 

Saturday, January 19, 2013

Bila Jadi Jahat, Orang Benci.. Bila Jadi Baik, Orang Meluat..

0 comments

Bila kita ikut suruhan agama.. ada orang kata kita belagak alim..Bila kita langgar suruhan agama.. ada orang kata "Astaqfirullah.. apa laaa nak jadi.. nak kiamat dah kot?..."..

Bila kita ikut peraturan.. ada orang kata kita skema..
Bila kita langgar peraturan.. ada orang kata kita ni macam takde masa depan..


Bila kita tegur dengan baik.. ada orang kata kita ni bajet bagos..
Bila kita tegur dengan kasar.. ada orang kata kita ni kurang ajar..


Bila kita pakai sopan-sopan.. ada orang kata kita ni 'kampongg gilerr'..
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free..


Bila kita bagi nasihat.. ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?!..."..
Bila kita sindir-menyindir.. ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok?.."..


Bila kita tolong buat kerja.. ada orang kata "yang sebok sangat nak tolong buat keja orang lain ni watpe!?"..
Bila kita tak tolong apa-apa.. ada orang kata "apsal pemalas sangat ni? tolong pun susah ke?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan rakan saya kepada saya ini :- ..


Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..


Wallahu 'alam.

taken from: Bila Jadi Jahat, Orang Benci.. Bila Jadi Baik, Orang Meluat.. | ! Naurah Alwani http://naurahalwani.blogspot.com/2011/05/bila-jadi-jahat-orang-benci-bila-jadi.html#ixzz2IQIX7LBR

Happy Birthday Wani..!!

0 comments

Assalamualaikum wbt..
Hari ni birthday Sis Wani iaitu 19 Januari 2013..
Kononnya masih di Tawau, rupa2nya dah balik dah..hihi
sepatutnya orang birthday yang dapat kejutan tapi dia pula yang buat kejutan..( dibantu oleh BB..haha)
apa2 pun... Selamat ulang tahun kelahiran wahai sahabat..
Semoga redha Allah mengiringimu selalu..
wish you get what you dream and enjoy your special day..
Don't change..we always want you to be "you".. :)

Happy Birthday to a wonderful friend!! 
May your birthday bring you as much happiness as you give to everyone who knows you..
(^^)

Monday, January 7, 2013

Untuk K. I. T. A,, :)

0 comments

Untuk tatapan awak semua.. 

Uhibbukum Fillah,

Wani, Iqin, Ain, Bibi, Dila, Ana.. :)



Friday, January 4, 2013

Ain dan PLKN

0 comments

Veto Ain 

K.I.T.A : Jaga diri Ain! jangan mengurat lelaki..hehe..Kalau ada yang cari masalah, karate je lah..


Wednesday, January 2, 2013

Story/Cerita

0 comments
Assalamualaikum
Terjumpa satu cerita yang menarik from this blogger..


Ambil masa untuk membaca cerita ini..
Tak rugi pun malah dapat membantu kita semua..
Rasanya kita sedar yang kawan2 kita di facebook ada yang seperti ini..
Share lah dengan diorang bukannya ikut terpengaruh sekali, 
dapat pahala geng..

:D

2 comments
Bosan ke cuti ni? hehe.. bagi yang kena PLKN mungkin tidak..hehe

(Gambar di atas sebenarnya untuk bulan Ramadhan.. Tapi masih boleh digunakan untuk cuti kali ini sebelum terima result SPM)

Doa Untuk Gaza

0 comments

Assalamualaikum W.B.T

Kerana agama yang satu
Gembira mu adalah gembira ku
Sedih mu adalah sedih ku
Sakit mu adalah sakit ku
Derita mu adalah derita ku
Tangis mu jua adalah tangis ku.

Kerana agama yang satu
Kami bangkit membantu
Tidak sanggup diam membisu
Melihat kau dibedil peluru

Kerana agama yang satu
Kami berusaha menjatuhkan bangsa itu
Zionis Laknatullah yang tidak mengenal erti malu
Merobek jasad saudara Islamku sehingga kaku

Kerana agama yang satu
Kita bangkit mempertahan maruah itu
Jangan bersedih Palestin saudara ku
Kami iringkan doa buatmu
Agar tersungkur Israel dan Sekutu

Dila

Ana

BB

Ain

Go here


"Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka." - Doa Qunut Nazilah

From here --> Iluvislam

Tuesday, January 1, 2013

1 comments
Assalamu'alaikum dear readers,
sedar tak sedar..harini dah masuk 1.1.2013.
geng2 KITA masing2 dah membawa dri ke haluan masing2.

~ ada yang mengambil peluang cuti sblum ke plkn utk bekerja menambah pengalaman.hihi nak kumpul duit buat apa tu ye adik ana n kak iqin?
~ ada yang jadi babysitter..kesian, penat dia kejar2 anak2 sisnya..takpa,yg penting elaun tiap2 bulan masuk..hihi eh salah. ikhlas ba kan kakak wani jd babysitter?hihi
~ ada yang tanam anggur dlm rumah..hihi jgn marah ye dila n bibi.
~ dan sy pula. tgh sedia2 dri  nk ke plkn this friday. sbnrnya berat hati gak. tp Allah tahu apa yg terbaikkn.

hmm walaupun baru sebulan terpisah, rs mcm jauh dah.. tp takpa.insyaAllah nnt ada masa, ada kelapangan. kita jumpa ye? though it seems impossible since masing2 busy. but kita cuba k?
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpkYb0FlQW19inrM71IGYG2gT5uU0YA_ld29sMdBUN830mHkM0G4SfmQEPNtmSQecGWjxJTe3_x154D7deFe_44DEWGYh9rhej3w542JiK10bMhE8QvXkJ2FGtnBZ9HPddPAt6Y0TeqczL/s1600/kawan3.png

esk dah start sekolah dah.

mix2 pula rasa bila teringatkan zaman2 persekolahan ni.
macam2 kenangan dgn kwn2 n cikgu2..
kenangan dengan KITA paling best..hihi
tp bab2 ingat2 kenangan ni.saya agak fail sikit..hihi kan bi?
tp apa2 pun. zaman persekolahan merupakan zaman yang paling best. *diakui oleh parents sy.hihi
zaman persekolahan la kita boleh enjoy dgn friendship yang terjalin. ketawa sama2,sedih sama2,membantu sesama sendiri, nasihat-menasihati dan banyak lagi..hihi

so adik2. jgn malas2 pergi sekolah k. rugi tau. banyak yang adik2 akan miss out kalau tak datang sekolah.penting tau ilmu tu utk masa depan. so belajar rajin2. kesian kat ibubapa adik2 yg dah bersusahpayah nak hantar adik2 ke sekolah. buat la yang terbaik utk parents kita k, sebab tanpa mereka siapa la kita?

and one more thing. please support and help Palestin. and one of the easiest way u can do so is by..


k..Wassalam..^^

p/s - UAI mmg best!.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Contengan,Coretan,Nukilan, K.I.T.A Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template