Friday, July 22, 2011

Perisai Mukmin,DOA.

Assalamualaikum readers,
hari ni ain nk kongsi 1 info mnarik yg agak simple tp amat bermanfaat untuk kita semua.

WAKTU YG BAIK UNTUK BERDOA.
1.Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dlm bulan Ramadhan).

2.Pada hari Arafah (9 Zulhijjah ketika jemaah haji wuquf di Arafah).

3.Pada bulan Ramadhan.

4.Pada malam Jumaat.

5.Pada hari Jumaat.

6.Waktu berjumaat, lebih2 lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam.

7.Pada tengah malam.

8.Seperdua malam yg kedua (selepas jam 12 mlm).

9.Sepertiga malam yg pertama (jam 6 hingga jam 10 mlm).

10.Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi).

11.Pada waktu sahur (sebelum fajar).

12.Sesudah berwudhuk.

13.Ketika orang azan untuk solat.

14.Antara azan dan iqamat.

15.Ketika orang mengucapkan iqamat.

16.Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil.

17.Dalam pertempuran di medan perang.

18.Pada akhir tiap2 solat fardhu.

19.Pada waktu sedang sujud (dlm solat atau di luar solat).

20.Ketika sedang membaca al-Quran.

21.Setelah tamat membaca al-Quran.

22.Ketika minum air zamzam.

23.Pada waktu ayam jantan berkokok (pd waktu pagi).

24.Pada saat berkumpulnya Muslimin kerana agama.

25.Pada waktu berkumpul utk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam).

26.Ketika menutupkan mata orang yg telah mati.

27.Pada waktu turun hujan.

moga2 entry ni dpt sdikit sbnyk mbntu kita dlm mneruskn pjuangan hidup sbgi Muslim yg sejati.
InsyaAllah, mgu dpn klu ada ksmptn, ain or geng K.I.T.A lain akan wat entry psl Bulan Ramadhan pula, bulan yg dok tinggal mhitung hari lg nk mnemani kita^^..InsyaAllah.

apa yg baik, semuanya dtg dr Allah, apa yg buruk, semuany dtg dr kekhilafan dri ini.
semoga berjumpa lg d entry lain.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Contengan,Coretan,Nukilan, K.I.T.A Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template