Sunday, November 27, 2011

1433 Hijrah..Detik baru.

0 comments
Salam Maal Hijrah, kpd semua. Alhamdulillah, Allah benarkan kita untuk melangkah ke tahun baru. Semoga dgn kdatangan tahun baru ini akan membuka ruang baru untuk kita berhijrah ke arah yang lebih baik lagi.
~ Jika sebelum ini malas nak solat, tahun baru ni solat dijadikan kwajipan. 
~ Jika sebelum ni, malas nak bangun solat tgh mlm, insyaAllah,tahun baru ni melazimkan diri dgn solat sunat tgh mlm. 
~ Jika sebelum ni, malas nak gi solat Jumaat, tahun baru ni, datang awal gi masjid setiap jumaat nk solat.


~ Jika sebelum ni, liat nak baca al-Quran, tahun baru ni, tiap-tiap hari baca al-Quran.

~ Jika sebelum ni, susah sgt nak bersyukur,tahun baru ni, tiap saat bersyukur kepada Allah SWT.



~ Jika sebelum ni, malas nak tolong mak masak, tahun baru ni, masak la lunch skali skala utk family, tolong la masak.
~ Jika sebelum ni, tak pernah nak tolong ayah cuci kereta ke, tolong la skali skala.

~ Jika sebelum ni, liat tul nak buka buku,study, tahun baru ni, study jgn tak study.

~ Dan ya kpd akak2,abg2,adik2,yg study or keja or tinggal jauh dr kluarga,klu sblm ni, senyap je nak dgr brita pun susah, tahun baru ni slalulah bhubung dgn kluarga.


Tetapi perlu diingat, setiap apa yg kita lakukan itu semuanya kerana Allah SWT. Tahun baru selalunya dikaitkan dgn azam baru, tapi azam lama yg belum terlaksana tu,jgn terus dilupa, laksanakanlah di tahun baru ni.

Apa yang penting..tahun baru ni, kita berusaha terus utk mendekatkan dri kepada Allah SWT.



Sunday, November 20, 2011

KITA SAHABAT

0 comments
Assalamualaikum W.B.T




Apa itu Sahabat? 



Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya,
membawa mengingati Allah, mendengarkan kata-katanya
menambah ilmu, terlihat gerak gerinya meninggikan takut kepada Allah,
berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah.



Seorang sahabat adalah seseorang yang rasa hidup anda akan
berbeza jika mereka tidak wujud.
Seorang sahabat adalah seseorang yang TIDAK PERNAH meninggalkan kamu, anda
SENTIASA dimasukkan apabila anda bersama-sama mereka.
Seorang rakan di sana untuk anda, tidak kira apa ..




Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan
Sahabat sejati menjadi pendorong impian 
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. 



Itulah Sahabat..



Saturday, November 19, 2011

F.R.I.E.N.D

0 comments

What is a Friend?

A friend is someone who think your life would
be different if they didn't exist.
A friend is someone who NEVER leaves you out, you are
ALWAYS included when you are with them.
A friend is there for you, no matter what..




Begedil oh begedil!

1 comments
hmm..tiba2 pulak terasa2 nak makan begedil panas2 bila hujan turun ni.. 
meh saya kongsi satu resepi begedil yang agak simple..tp bila dah baca tu mesti la try k..ni resepi senang je, resepi yang dah diubahsuai mengikut budget, masa n yang sewaktu dengannya..hihi
bila cuti sekolah ni mesti ada banyak masa kn..begedil ni sesuai gak disajikan bila ada geng2 anda yang datang berkunjung..^^

1.Bahan-bahan:
    -  5 biji ubi kentang (direbus & dilenyek)..-jumlahnya ni pandai2 la ikut berapa org nak makan.
    -  Daging/Ayam (direbus & dicincang) - ikut keperluan juga, kalau nak rasa lebih sikit,simpan la banyak.tp berpada2 la k..
    -  Sedikit lada sulah.
    -  Sedikit daun sup
    -  Tepung kentucky
    -  Telur (untuk dicelup)
ps-tak perlu garam,tepung kentucky tu memang dah provide rasa masin.

2.Cara2:
1. Rebus ubi kentang dan toskan dan seterusnya rebus daging.
2. Lenyek ubi dengan daging cincang,letakkan sedikit daun sup dan lada sulah.
3. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.
4. Celupkan begedil tadi dengan tepung, telur dan tepung kembali.
5. Gorengkan dengan api sederhana. 

^^mmm dah siap..jangan lupa try k..tapi bila tak jadi tu jangan pula cari saya..hihi..yang penting try lagi..insyaAllah sedaplah begedil anda tu..klu nk add lagi bahan2nya tu pun ok,ikut suka..Selamat Mencuba!..Wassalam..


Monday, November 14, 2011

Ayah dan Anak

0 comments
Hari ni ada cerita yang cukup menarik untuk dikongsi bersama..Harap sudi dibaca..
Kisah seorang ayah dan anaknya..


    Suatu ketika seorang ayah membawa anaknya keluar berjalan-jalan ke pusat membeli belah. Ada megasale katanya.
    Maka mereka pun mula pusing memusing sekitar pusat membeli belah. Biasalah lelaki lebih gemar memerhati berbanding dengan membeli. Tak gitu kaum hawa? =P

Jalan punya jalan, akhirnya mereka sampai di bahagian makanan.

"Ayah..saya nak tu," kata si anak sambil jarinya menuding ke arah sebungkus gula-gula.
Ayahnya melihat packet gula-gula berkenaan.

"Tak boleh...takleh makan yang ni," balas si ayah.

"Nak jugak...." si anak mula bertukar warna.
"Tak boleh," ayah sedikit tegas.

"Nak jugak..nak jugak...." laungan si anak jantan mula kedengaran. Nyaring sekali.

Si ayah tidak menghiraukan taktik anaknya. Sudah fasih dan arif. Segera dipegang tangan anaknya dan dibawa masuk ke dalam kereta.
Senang cerita =)

Mereka pulang.
Demikian cerita dari Mr. X. Kisah ayah dan anak.
Adapun jika diteliti kisah ini mungkin ada yang berpendapat patut sahaja dibeli gula-gula untuk anak-anak. Jangan dibiarkan memberontak. Tidak elok untuk psikologi kanak-kanak.
     Namun si ayah tidak mahu menunaikan hasrat anaknya kerana bimbang akan kesihatan gigi anaknya. Si ayah inginkan yang terbaik untuk anaknya. Tapi si anak tidak mengerti. Disangkanya, itu yang terbaik untuknya, maka aku mesti memilikinya!
     Sindrom ayah dan anak ini seringkali menjadi putaran kehidupan. Tatkala kita dilarang oleh Allah s.w.t, maka kita bergerak menentang Allah s.w.t. Dilarang-Nya melakukan maksiat, maka itulah yang kita buat. Sempat sunat taubat katanya.
Sahabat,
Susahlah andai yang tidak tahu berlagak tahu.
Yang zalim merasakan mereka alim.
Yang bijak suka berlagak!

Pesan Pak Tua,
"Tidak rugi mendengar nasihat guru sebab mereka memang lebih tahu!"
Yakinlah, sesungguhnya Pencipta manusialah yang maha mengetahui selok belok manusia. Maka marilah kita mempasakkan keimanan kita seteguh-teguhnya. Amar makruf nahi mungkar.
Allahuakbar.



by,
Wan Yusof Norilham Wan Jeffrey
Iluvislam.com

Saturday, November 5, 2011

SALAM AIDIL ADHA.

0 comments
Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan

'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!

Friday, November 4, 2011

KHANSA.

0 comments
 

 gambar hiasan.


Siapakah dia yang bernama Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Contengan,Coretan,Nukilan, K.I.T.A Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template