Wednesday, August 3, 2011

Maksud Kawan dan Sahabat..

Assalammualaikum W.B.T
memandangkan BB tgh boring m'hadap buku teks..(exam mggu dpn)
Jom kita tgk maksud kawan dan sahabat!! >w<

Kawan, sahabat dan teman secara amnya membawa maksud yang sama. Tetapi sekiranya kita melihat secara mendalam, ianya mempunyai maksud tersirat yang berlainan. kan? kan? kan? hehe..

Kawan
Semua orang mempunyai kawan termasuk BB sendiri. Setiap orang kita kenali, yang kita dampingi adalah kawan. Sama ada disekolah, pejabat atau dimana sahaja, mereka adalah kawan. Sekiranya kawan itu sentiasa bersama kita dan sanggup menolong kita dikala susah dan senang, tahniah kerana anda telah mempunyai seorang sahabat. *K.I.T.A*^^

Sahabat
Maksud sahabat sama seperti kawan akan tetapi mempunyai makna yang lebih mendalam. Seorang sahabat sentiasa bersama kita sama ada kita senang mahupun susah. Mereka akan menolong kita sekiranya kita dilanda kesusahan. Jika orang yang kita panggil sahabat hanya bersama kita dikala senang dan meninggalkan kita ketika susah, maka orang itu bukanlah seorang sahabat. Ia hanyalah dikategori sebagai kawan atau ikut suka kamulah. hehe..

Ehem..Ehemm..

wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu menguatkan persaudaraan keislaman kita jika persahabatan diantara kita masih goyah,wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu menaikkan syiar islam diseluruh dunia jika keikhlasan tiada didalam persahabatan,wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu didalam melemahkan musuh-musuh islam jika tiada persefahaman dan tolak ansur didalam persahabatan kita,wahai saudara-saudaraku ikatlah persahabatan diantara kita dengan keimanan kerana ALLAH, maka dari situ terbitlah bibit-bibit kemanisan didalam persahabatan dan kekuatan Ummah,ramai yang mengomel mengatakan di zaman yang serba moden ini, tiada manusia yang ikhlas lagi dalam bersahabat,ramai yang menikam dari belakang...wahai saudara-saudaraku, bersabda rasulullah s.a.w..."ketahuilah..sesiapa yang mengatakan sesuatu kepada seseorang itu dengan sesuatu keburukan, maka keburukan itu kembali kepadanya...." 

 sedarilah wahai sesiapa yang yang ragu-ragu dalam bersahabat....jika kita ingin dihormati, maka hormatilah orang lain terlebih dahulu..jika kita ingin disayangi,maka sayangilah orang lain terlebih dahulu...jika kita ingin di percayai, maka percayailah orang lain terlebih dahulu...begitulah juga jika kita tidak mahu di khianati,maka jangan lah kita khianati orang..jika kita tidak mahu di herdik maka jangan lah kita mengherdik orang...ALLAH menjadikan dunia ini sempurna dan adil....keseimbangan terdapat didalam segala sesuatu..berfikirlah wahai saudara-saudaraku...PERSAHABATAN YANG BAIK itu dimulai dengan DIRI sendiri dahulu di sertakan bersama KEIMANAN yang diniatkan kerana ALLAH,ingatlah...PERSAHABATAN ANTARA SAUDARA SEISLAM adalah ranting-ranting pokok kepada perpaduan UMMAH.....
ya ALLAH....satukanlah hati-hati kami didalam bersahabat keranaMU ya ALLAH....ya ALLAH....jadikanlah persahabatan kami ini berguna dan diredhaiMU ya ALLAH...ya ALLAH...jadikalah persahabatan diantara kami ini adalah keranaMU ya ALLAH...ya ALLAh...jadikanlah persahabatan kami ini seperti mana nya persahabatan di antara Rasulullah dan saidina Abu Bakar....

Amin..

>w<



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Contengan,Coretan,Nukilan, K.I.T.A Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template